Perkongsian Pengalaman 1: Perjalanan Merentas Lautan Untuk Mencari Sebuah Sinar Harapan.

JIKA ANDA MENGALAMI TANDA-TANDA SEPERTI KEMERAHAN PADA KULIT, KERING DAN BERSISIK DISERTAI DENGAN RASA SEJUK DAN PANAS, BERHATI-HATILAH!!!

KEMUNGKINAN ANDA MENGHIDAPI PSORIASIS.


1. Bagaimana seseorang boleh menghidapi Psoriasis secara tiba-tiba namun tidak ada sejarah keluarga yang menghidap penyakit ini? Kebiasaannya, Psoriasis berpunca daripada genetik dan ketidakseimbangan imuniti badan malahan terjadi disebabkan beberapa simptom yang menyebabkan penyakit ini hadir secara tiba-tiba. Sebagai contoh perubahan genetik. Hal ini demikian kerana pengamalan cara hidup tidak sihat, sering mengalami tekanan, sering terdedah pada sinar radiasi dan sebagainya.

2. Bagaimana kulit bersisik dan gatal disertai rasa panas dan sejuk berhubung kait dengan Psoriasis? Psoriasis terdiri daripada pelbagai jenis. Antaranya adalah Erythrodermic Psoriasis, tanda-tandanya adalah  inflamasi dan kemerahan pada kulit , kulit kering,  bersisik dan mengelupas. Psoriasis jenis ini boleh merebak ke seluruh badan disertai dengan rasa gatal, rasa sejuk dan panas secara tiba-tiba.



DERITA BONDA: AKHIRNYA AKU TELAH BEBAS

“Aku merasa kurang selesa seolah-olah diriku pembawa penyakit berjangkit sehingga aku mengurungkan diri didalam bilik.”

Sebelum

Nama ku Marhana, 53 tahun dan ini kisahku. Aku berasal dari salah sebuah perkampungan di Sabah dan aku merupakan seorang penghidap penyakit kulit yang dipanggil “Psoriasis” dan penyakit ini telah mengubah kehidupanku secara menyeluruh.
Selepas
Selepas

Masalah ku bermula di kepala yang pada awalnya aku ingatkan kelemumur biasa, jadi aku tidak mengendahkannya. Seingatku kejadian itu berlaku pada penghujung bulan Disember 2017. Sehinggalah pada awal Februari 2018, keadaanku menjadi semakin teruk. Kulit badanku mulai kemerahan, kering dan mengelupas disertai rasa gatal yang timbul secara tiba-tiba. Melihat keadaanku itu, aku mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan Pakar Kulit di sebuah hospital tempatan. 
Mereka mengesahkan bahawa aku menghidap penyakit kulit yang dipanggil “Psoriasis”. “Psoriasis” merupakan penyakit kulit yang tidak diketahui puncanya. Ada di antara mereka mengatakan ianya berpunca daripada genetik dan ketidak seimbangan sistem imuniti badan. Namun, didalam keluarga ku tiada siapa yang mengalami keadaan yang serupa. Jadi, kenapa aku yang menghidapi penyakit ini? KENAPA AKU?? 
Sebelum
Selepas
 Setelah disahkan oleh pihak hospital, mereka memberikan aku ubat seperti ubat steroid, ubat tahan sakit, ubat alergik dan krim pelembap. Tetapi tiada siapa pun yang menerangkan kepadaku tentang kegunaan ubat-ubat tersebut. Aku mengambil ubat-ubat tersebut mengikut dos yang diberikan dengan patuh selama 5 bulan. Namun, keadaanku tiada menunjukkan sebarang perubahan, malahan keadaanku menjadi semakin teruk dari yang sebelumnya. Aku mulai merasa sejuk dan panas secara tiba-tiba serta sendi-sendiku mulai merasa sakit tetapi tidak ku hiraukan kerana pada fikiranku mungkin disebabkan oleh kesan sampingan ubat yang ku makan. Namun, aku tidak berputus asa. Selain dihospital, aku juga mencuba untuk mencari rawatan di klinik-klinik swasta, tetapi keputusannya tetap hampa.
Sebelum
Selepas
 Pada suatu hari, seperti hari-hari yang sebelumnya; aku ke pekan untuk membeli barang keperluan harian. Semasa aku menghulurkan duit untuk membayar di kaunter, juruwang tersebut melihatku dengan pandangan yang jijik dan sepertinya tengah berfikir dua kali untuk menyambut huluran ku. Apa yang aku tidak sangka adalah, juruwang tersebut mengambil wang yang aku hulurkan menggunakan hujung jari sahaja. Aku jadi malu dan kehilangan keyakinan diri untuk berhadapan serta bertemu dengan orang ramai kerana masalah kulitku yang semakin teruk. Aku juga mulai mengurungkan diri didalam rumah dan tidak lagi ke pekan untuk membeli barang keperluan harian kerana aku tidak mahu orang ramai mempunyai tanggapan yang salah terhadap keadaan kulitku. Setiap hari, apabila bangun dari tidur ada sahaja keruping yang kelihatan. Kadang-kadang aku tidak dapat melelapkan mata kerana kulitku terasa gatal malah aku juga tidak mahu menghadiri majlis-majlis atau keramaian dikampungku kerana rasa tidak selesa. Aku mulai tertekan dan berhenti berharap.
Sebelum

Selepas
Disaat aku terasa tiada lagi harapan untukku, pada Julai 2018, menantuku menelefon dan menyatakan bahawa di Miri, Sarawak ada sebuah farmasi yang menawarkan perkhidmatan dan rawatan untuk penyakit kulit seperti “Psoriasis” dan “Eczema”. Dia mencadangkan agar aku mendapatkan rawatan disana. Pada mulanya, aku merasa ragu-ragu tetapi oleh sebab desakan dan sokongan keluarga, aku terbuka hati untuk membuat rawatan di Marina Pharmacy.
Tanggal 6 Ogos 2018, aku pergi ke Marina Pharmacy, Miri.
Sampai sahaja aku disana, aku disambut mesra oleh pakar farmasi yang bertugas pada masa itu iaitu Ms. Sim Lee Ping. Dia dengan tenang mengajukan pelbagai soalan dan menerangkan sedikit sebanyak kepadaku tentang “Psoriasis”.  Lebih mengejutkan adalah penyakit ku langsung tidak berjangkit kepada sesiapapun seperti yang ku sangkakan selama ini. Ms. Sim juga telah menawarkan aku sebuah program yang dipanggil “Personalize Management Programme”.  Di dalam program ini, selain daripada nasihat perubatan, mereka juga mengambil gambar untuk rekod mereka supaya dapat melihat perkembangan rawatan yang diberikan.  Apa yang lebih menarik, pekerjanya juga melakukan ujian kulit yang bertujuan untuk menguji tahap sensitiviti kulitku terhadap produk mereka. Ini adalah sebahagian daripada program yang mereka tawarkan kepadaku. 
Sebelum
Hanya seminggu aku mengikut apa yang diarahkan oleh beliau, aku mulai lihat perubahan pada kulitku. Aku mulai yakin dengan rawatan yang mereka lakukan kerana tidak sama dengan rawatan-rawatan lain yang telah aku lakukan sebelumnya. Ms.Sim merawat dan mengajarku langkah-langkah yang betul yang harus aku lakukan untuk memastikan simtom yang aku alami tidak semakin teruk. Aku juga diarahkan untuk melakukan temujanji setiap satu minggu selama sebulan. Alhamdulillah, keadaanku beransur pulih dan kini aku mulai yakin dan tidak lagi malu untuk bertemu dengan orang ramai. Sekarang aku sudah boleh menghembus nafas  lega dan aku juga bersyukur kerana telah dipertemukan dengan Marina Pharmacy. 

Selepas
Selepas
 Akhir sekali, aku mengucapkan ribuan  terima kasih aku kepada Marina Pharmacy, Miri kerana telah membantuku untuk memulihkan keadaan kulitku sekaligus mewujudkan kembali keyakinan diriku yang pernah hilang suatu ketika dulu. Pesanku kepada sesiapa sahaja yang senasib denganku, jangan pernah berputus asa atau hilang harapan untuk mendapatkan rawatan dengan cara yang betul. Sememangnya penyakit ini memberikan tekanan yang besar tetapi setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya. Seperti kata pepatah, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.  Kita harus terus berusaha untuk mencari penyelesaian nya, setiap kulit tidak sama. Mungkin sesebuah rawatan berkesan untuk seseorang tetapi tidak untuk yang lain. Dan sekali lagi aku ingin menyatakan bahawa “Psoriasis” dan “Eczema” tidak berjangkit kepada siapapun.



Comments

Popular posts from this blog

经历分享 3 - 我的皮肤痒了2年,最后得知不是廯也不是敏感而是。。。

经验分享9:初生婴儿头上出现头皮屑?脸以及身体出现红肿及脱皮?

经验分享 7 - 你听过富贵手吗?